NR Herbs 
.
 
Kesihatan dan kecantikan ada menjadi idaman setiap insan di dunia ini, pada masakini manusia telah berlumba-lumba mencari dan memasarkan berjenis-jenis produk kesihatan pada masyarakat umum.

NR adalah rangkaian produk kesihatan yang berasaskan herba yang dirumuskan secara tradisional. Produk NR juga kenali dengan nama "Herba Pembersih Dalaman".

NR adalah produk herba buatan Malaysia yang mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kenapa NR?

Rata-rata manusia di dunia ini akan mencari ubat apabila sakit. Itu adalah satu kenyataan jika kita lihat pada masa kini banyak hospital-hospital ditubuhkan bagi menampung ramai pesakit-pesakit yang kian meningkat dengan pelbagai jenis penyakit. Tidak kira samada hospital kerajaan maupun hospital swasta.

Secara asasnya produk NR bukanlah sejenis ubat untuk merawat penyakit tertentu, tetapi yang menakjubkan ianya dapat membantu merawat penyakit dan ribuan masyarakat telah menikmati keberkesanan produk NR.

Secara mudah untuk diterangkan kepada anda, ianya lebih kepada konsep "Pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati" -  (Prevention is Better Than Cure).

Penyakit kaum wanita dan lelaki sama saja, yang bezanya penyakit puan dan penyakit tuan, lain-lain penyakit boleh dikatakan 99% apa wanita bakal sakit lelaki juga tidak terlepas. Adakah pencegahan penyakit hanya untuk wanita sahaja ?

Krisis pemulihan


Keberkesanan amalan produk NR terbukti dengan adanya Krisis Pemulihan atau Proses Pemulihan kepada para pengamal. Krisis pemulihan ini jangan disalah anggap sebagai kesan sampingan. Perlu ditekan di sini Produk NR tidak ada kesan sampingan dan tidak ada steroid. Ini telah dibuktikan dengan keputusan analisa dari berbagai institusi penyelidikan dan Kementerian Kesihatan.

Satu sebab utama mengapa sesetengah masyarakat menggunakan rawatan herba sebagai rawatan alternatif kepada perubatan moden ialah kerana kesan sampingan yang tidak diingini dari pengunaan bahan dadah dan kimia tiruan. Walaupun perubatan herba tidak mengakibatkan kesan sampingan sebegitu, namun kesan tindakan atau krisis pemulihan semasa rawatan mungkin berlaku juga. Kesan tindakan atau krisis pemulihan berlaku kerana inilah caranya badan kita membuang keracunan keluar dari sistem badan kita dan memberi peluang badan untuk menyembuhi dirinya sendiri. Krisis pemulihan ini berlaku akibat dari peningkatan aktiviti sistem pembuangan semulajadi badan kita seperti paru-paru, buah pinggang, talian perut dan kulit. Kesan tindakan ini sepatutnya tidaklah terlalu ketara bagi si pesakit, sehingga mengganggu keselesaan pesakit, tetapi ia harus dianggap sebagai petunjuk yang baik bahawa badan kita sedang berusaha dalam proses pemulihan. Kebiasaannya, kesan ini mungkin memakan masa di antara satu minggu sehingga sebulan.

Ia bergantung kepada keadaan badan dan penyakit setiap orang. Anda sangat-sangat digalakkan supaya JANGAN BERHENTI mengamalkan herba ini sekiranya menghadapi krisis ini, TETAPI TERUSKAN untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

Antara Ciri-Ciri Krisis Pemulihan

1. Sistem Pernafasan

Jika terdapat perkumpulan/kongesi di dalam sinus, pesakit akan menunjukkan gejala demam selsema. Jika terdapat perkumpulan di dalam paru-paru, pesakit akan menunjukkan gejala batuk-batuk. Cara yang tersebut di atas cara yang terbaik sistem badan kita mengeluarkan lendir yang terkumpul di dalam badan.

2. Buah Pinggang
Pesakit akan merasa perlu untuk buang air kecil lebih kerap, dan air kencing tersebut akan mempunyai warna dan bau yang lain dari biasa.

3. Perkumpulan Dalam Sistem Pemakanan

Pesakit akan merasa perlu membuang air besar dan kentut dengan kerap.

4. Kulit

Kejadian ruam kulit, jerawat, atau masalah kulit mungkin berlaku atau nampak bertambah teruk sebelum mula beransur sembuh. Ini sangat ketara lebih lagi apabila losyen yang menekan (suppressive lotion) telah digunakan waktu dahulu untuk keadaan kulit tersebut.

5. Penyakit Arteritis

Kadangkala merasa lebih sakit dari biasa pada tempat-tempat yang terlibat selama 2-3 hari selepas rawatan. Keadaan sakit ini akan berkurangan selepas masa tersebut.

6. Sistem Pembuangan Air Besar

7. Tempat Sulit

8. Melalui Mulut

Tanda-tanda gejala yang akan timbul mengikut tahap kesihatan dan penyakit yang dihadapi oleh seseorang iaitu seperti:

a. Jerawat, gatal-gatal di seluruh badan dan tempat sulit, ruam-ruam panas.
b. Tidak berselera, mual, sakit-sakit badan, berpeluh dengan banyak, pening kepala, bengang telinga dan mengantuk.
c. Buang air kecil atau air besar berdarah, muntah dan keluar keputihan.

Jikalau perkara-perkara ini berlaku, tidaklah perlu khuatir atau takut, teruskan juga amalan herba pembersih dalaman selama 6 bulan kerana proses pengeluaran penyakit sedang berlaku atau dikenali sebagai Krisis Pemulihan.

Keberkesanan pembersih dalaman NR dapat dilihat di antara 3-6 bulan pertama penggunaannya di mana pada jangkamasa inilah pemulihan sistem dalaman sedang berlaku bagi memulihkan penyakit yang telah dikeluarkan sebelum ini. Insya Allah.

Produk NR terdiri daripada


   1. Rangkaian Pembersih Dalam
   2. Rangkaian Herbanika Bersalin
   3. Rangkaian Penjagaan Luaran
   4. Pelembab dan Penyegar Dalaman

Rangkaian Pembersih Dalaman - untuk dimakan


   1. Lawas Kencang (serbuk / powder)
   2. Lawas Angin (serbuk / powder)
   3. Lawas Segar (serbuk / powder)
   4. PhytoCleanse (tablet)
   5. PhytoCleanse Plus (tablet)
   6. Phytox (tablet)

Rangkaian Herbanika Bersalin

   1. PhytoNatal (tablet) – untuk dimakan
   2. Herbanika Barut – untuk kegunaan luaran
   3. Herbanika Lulur – untuk kegunaan luaran
   4. Minyak Herbanika – untuk kegunaan luaran
   5. Uncang Cuci Herbanika – untuk kegunaan luaran
   6. Akar Herbanika – minuman

Rangkaian Penjagaan Luaran

   1. Minyak Berubat Herba – untuk kegunaan luaran
   2. Sabun Dhia – untuk kegunaan luaran
   3. Barra Gel – untuk kegunaan luaran
   4. PhytoVagin - untuk kegunaan luaran
   5. Herbanika Cream - untuk kegunaan luaran

Pelembab dan Penyegar Dalaman

   1. Madu Tenaga Segar – "jenis makjun" – untuk dimakan
   2. Madu Nona Harmonis – "jenis makjun" – untuk dimakan
 
>> Rangkaian Herbanika Bersalin (6 item) 

 
>> Rangkaian Herba Pembersih Dalaman 
 

 
>> Rangkaian Herba Pelembab Dalaman 

 
>> Rangkaian Herba Kegunaan Luaran